Selasa, 19 Jun 2012

Peserta








Terima kasih kepada seramai 35 orang ahli fans Butik Aludra yg menyertai pertandingan NOSTALGIA TUDUNG BAWAL @ ALUDRA yg dianjurkan di FB BUTIK ALUDRA / ALUDRA COLLECTIONS bermula pd 8 Mei 2012 dan tamat pada 10 Jun 2012. Pengiraan undi telah dibuat jam 10.00 malam pada tarikh akhir undian iaitu 15 Jun 2012.

Tujuan utama pertandingan adalah untuk memeriahkan  fanpage Aludra  serta mengimbas kembali kenangan  memakai Tudung Bawal yg kini kembali mewarnai trend hijab muslimah. Para peserta masing2 mengungkap kisah nostalgia Tudung Bawal dan kenapa Tudung Bawal masih menjadi pilihan hati.

Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Namun, pihak admin Aludra memohon maaf di atas kelewatan mengumumkan keputusan kemenangan. Keputusan dijanjikan akan di post di wall selewatnya pada hari Isnin, 18 Jun ditunda pada hari ini Selasa 19 Jun 2012. 

Undian adalah berdasarkan jumlah *LIKE* di facebook Butik Aludra (www.facebook.com/butikaludra). 

Antara hadiah yg disediakan :

Hadiah Utama : Cash RM50 + Voucher pembelian di ALUDRA sebanyak RM50 + 2 helai Tudung Bawal Printed + sehelai Selendang

Hadiah Saguhati kepada : 5 gambar yg memperoleh undi LIKE yg byk berupa Hadiah Voucher pembelian di ALUDRA sebanyak RM30 + sehelai Tudung Bawal Printed + sehelai Selendang

Bonus : merupakan Hadiah Istimewa pemilihan dari pihak admin Aludra  << tiada vote. pilihan tertakluk kpd keputusan admin Aludra
***** Hadiah Nostalgia kpd peserta yg menghantar gambar dan kisah nostalgia Tudung Bawal yg menarik
**** Hadiah Kreatif kpd peserta yg menghantar gambar paling kreatif menggayakan Tudung Bawal
*** Hadiah Vogue kpd peserta terpilih yg berada di kawasan utara dijemput utk special appearance as model di FB Butik Aludra

InsyaAllah para pemenang akan diumumkan pada malam ini ya

Salam Sayang
AyuAludra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan